GABUNGAN BLOGGERS TAWAN MALAYSIA

Saturday, July 17, 2010

Ucapan Mufti di SPIN-SPIN-SPIN UTUSAN!!!sejak bila mufti berpolitik Melayu!!!

POH 17 Julai - Orang Melayu akan hilang kuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) jika UMNO dan Pas terus berdegil untuk tidak bersatu.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang melahirkan kebimbangan tersebut berkata, kedegilan kedua-dua parti Melayu terbabit untuk meletakkan keutamaan agama di tempat sepatutnya hanya akan memberi kesan buruk kepada masa depan orang Melayu sendiri.

''Kalau kita terus berpecah-belah, kita akan terima kekalahan (pada PRU-13), itu sahaja. Dan akan berlaku satu bentuk penjajahan baru," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Melayu Perak 2010 di Dewan Bankuet Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini hari ini.

Hadir sama dalam perhimpunan sehari anjuran Gagasan Melayu Perak (GMP) itu ialah presidennya, Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail.

Harussani menegaskan, pemimpin Melayu perlu sedar bahawa mereka memikul tanggungjawab memastikan kepentingan orang Melayu terjamin.

''Adakah agama yang mengajar kita suruh berdegil? Sedangkan degil itu adalah sifat keji dalam Islam. Kalau itu sifat keji, kenapa tidak dibuang daripada diri kerana ia tidak akan menguntungkan diri.

''Kalau dia pemimpin, dia tidak akan menguntungkan rakyat. (Sedangkan) bila jadi ketua, amanah untuk menjaga ummah itu kewajipan dia. Kalau dia berdegil, amanah tiada pada dia, rakyat akan hancur," ujar beliau.

Ditanya apakah masih ada harapan untuk orang Melayu khususnya membabitkan UMNO dan Pas bangkit dan bersatu semula jawabnya:

''Insya-Allah disebabkan kedua-dua puak (parti) ini mempunyai keinginan hendak bersatu.

''Ada pemimpin Pas datang berjumpa saya, begitu juga pemimpin UMNO. Mereka minta pandangan bagaimana untuk disatukan (kedua-dua parti)."

Mengulas lanjut kata Harussani, penyatuan masih tidak dapat dilakukan sehingga hari ini kerana kedua-dua pihak telah meletakkan faktor keutamaan di tempat yang salah.

''Saya percaya tujuan orang Pas memperjuangkan Islam ikhlas tapi meletakkan (keutamaan) di tempat yang salah. Mereka taksub sebab tidak faham. Orang UMNO serupa juga.

''Kalau kedua-dua parti memahami faktor keutamaan itu, apa yang perlu diutamakan? Keutamaan adalah agama dahulu dan agama tidak menyuruh kita membenci sesama umat Islam bahkan kasih-mengasihi sesama kita," katanya.

Dalam perkembangan sama, Harussani berkata, langkah GMP menganjurkan perhimpunan seumpama itu dapat membantu menyatupadukan orang Melayu.

Sementara itu, Mohd. Hilmi menegaskan, perlunya satu perhimpunan Melayu membabitkan semua lapisan masyarakat termasuk raja-raja dan pemimpin parti politik sendiri untuk melahirkan semangat Melayu dalam menyata dan memperjuangkan hak mereka seperti termaktub di dalam Perlembagaan Negara.

''Cara ini dapat menginsafkan pemimpin-pemimpin Pas dan UMNO yang masih berdegil dan tidak memikirkan tentang masa depan orang Melayu," katanya.

INI LAPORAN UTUSAN HARI INI
BAWAH INI PULAK LAPORAN UTUSAN TENTANG UCAPAN TIMBALAN PRESIDEN UMNO
(UTUSAN MEMANG PEMBOHONG!!!KERJA NAK BUTAKAN RAKYAT JERK!!!)
Hisham: Pas tidak ikhlas martabatkan Islam

KUALA LUMPUR 17 Julai - Tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berdolak-dalik dan tidak konsisten pendiriannya menggambarkan yang parti itu tidak ikhlas memperjuang dan memartabatkan kepentingan Islam.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Pas kini dilihat tersasar daripada perjuangan asal apabila lebih cenderung menjayakan agenda peribadi seorang pemimpin sahaja iaitu Nik Abdul Aziz.

Beliau yakin sebahagian besar penyokong Pas mengimpikan sebuah parti yang menampilkan agenda lebih besar demi kepentingan agama dan bangsa, tidak sekadar jumud kepada kehendak Menteri Besar Kelantan itu semata-mata.

"Saya tahu penyokong Pas tidak bersetuju parti itu digerakkan atas kemahuan dan kehendak seorang pemimpin sahaja.

"Ada had dan batasan untuk kita berpolitik, sekiranya Pas betul-betul ikhlas memperjuangkan Islam, jangan berdolak-dalik dalam membuat pendirian.

"Banyak luahan yang diterima daripada penyokong Pas sendiri menyatakan kepimpinan parti mereka banyak tidak sehaluan dan tidak sekata jika dibandingkan dengan kepimpinan sebelum ini," katanya.

Hishammuddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Seputeh di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang bersetuju untuk berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin asalkan perbincangan itu tidak menjurus kepada perpaduan antara Pas dan UMNO.

Nik Abdul Aziz sebaliknya mahu pertemuan tersebut memberi fokus terhadap rundingan pemberian royalti minyak yang dimohon oleh Kelantan.

Mursyidul Am Pas itu berpendapat agenda perpaduan antara kedua-dua parti telah lama berkubur dan menganggap UMNO adalah parti yang jelas menolak Islam.

Ditanya mengenai gesaan ramai pihak termasuk golongan ulama di negara ini yang komited bahawa kedua-dua parti perlu bersatu untuk menegakkan Islam, Hishammuddin berkata, UMNO tidak meletakkan harapan perbincangan lanjut mengenai agenda perpaduan ini dengan hanya seorang pemimpin dalam Pas.

"Kita (UMNO) perlu melihat perkara ini secara menyeluruh termasuk dalam kalangan penyokong dan pemimpin Pas lain yang ikhlas mahu melihat perkara ini berjaya," katanya.

Malah katanya, UMNO sendiri belum membincangkannya secara mendalam sama ada melalui peringkat pengurusan parti atau biro politik.

"Jika betul-betul hendak duduk berbincang pasal kepentingan nasib Islam dan bangsa, mestilah ada titik persefahaman penuh jujur yang boleh membawa kepada satu usaha membina. Tiada sebabnya kita hendak berjumpa hanya untuk berbalah," katanya.

INI LAH APA YANG BERLAKU APABILA KERJA NAK MEMBURUKKAN LAWAN!!!
UTUSAN NAMPAK SANGAT NAK MENJATOHKAN PAS DENGAN ISU POLITIK DAN MENGGUNAKAN MUFTI SEBAGAI BATU LONCATAN MEREKA!!!
AKU PERCAYA MUFTI TIDAK AKAN MEMPERSOALKAN ISU MELAYU!!!
AKU PERCAYA MUFTI HANYA MEMPERJUANGKAN ISU ISLAM!!!
AKU PERCAYA MUFTI LEBIH MULIA DARIPADA EDITOR UTUSAN MELOYA!!!

INI SEMUA KERJA PLAN STRATEGY APCO!!!
BUAT CERITA DAN DAKYAH UNTUK RAKYAT PERCAYA!!!
TAPI SORRY LA BRADER!!!
LU KAFIR JANGAN MASUK INI ISU PAS!!!
PAS ISLAM!!!
UMNO MELAYU!!!
APCO YAHUDI!!!

PAS-FOR ALL
UMNO-PERTAHANKAN MELAYU
APCO-WORLD WIDE YAHUDI!!!

Perjuang Arwah Yang Mesti Diteruskan



Al-Fatihah...


SG BULOH 17 Julai - Setiausaha Kerja Angkatan Muda KEADILAN Pusat, Hasmuzair Hassan meninggal dunia dalam satu kemalangan jalanraya yang melibatkan sebuah lori diKampung Subang kira-kira pukul 2 petang tadi.

Beliau dipercayai mangsa langgar lari oleh sebuah lori yang telah bergeser dan menyebabkan motosikal yang ditunggang beliau hilang kawalan dan jatuh di jalanraya.

Butiran berkenaan lori termasuk nombor pletnya telah diberi kepada polis untuk siasatan lanjut.

Allahyarham, 33, meninggalkan isteri Nazylinda Abdullah, 29 tahun dan tigaorang anak, Nazzratul Alya, 6 tahun, Hasrul Alif, 5 tahun dan HasrulAfiq, satu setengah tahun.

Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad yang berada di rumah mayat Hospital Sg Buloh bersama pimpinan AMK, kaum keluarga serta rakan seperjuangan menyifatkan Allahyarham Hasmuzair sebagai seorang yang ceria, aktif dan sentiasa bersedia untuk berkorban demi rakan dan parti.

"Arwah tidak pernah lekang dalam tugasnya, hingga tengah malam punsanggup bekerja untuk parti," kata Nik Nazmi.

Fariz Musa, rakan karib arwah dan juga Timbalan Ketua AMK Pusat menyuarakan kesedihan yang amat sangat atas kehilangan Allahyarham yang lbih disenangi dengan panggilan Jack.

"Jack merupakan seorang rakan dan bapa yang begitu baik, tiada ganti kehilangan beliau," kata Fariz yang masih tidak dapat menerima kehilangan rakan yang dikenali beliau selama lebih sedekad.

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang dari Hospital Sg Buloh selepas bedah siasat kira-kira pukul 9 malam ini untuk dikebumikan pagi esok dikampung halamannya di Kampung Simpang Geti, KM2 Jalan Mata Air, Arau, Perlis.

AMK telah mewujudkan tabung bantuan bagi isteri beliau yang tidak bekerja serta tiga anak kecil Allahyarham untuk meringankan beban kehidupan keluarga yang ditinggalkan.

Ahli KEADILAN, penyokong Pakatan Rakyat, rakan serta orang ramai boleh menyalurkan sumbangan kepada akuan Nazylinda di akaun Ambank nombor 0040024033611.

Friday, July 16, 2010

PERBELANJAAN BOROS BE END rumah rakyat terhenti!!!

PERBELANJAAN BOROS BE END rumah rakyat terhenti!!!
PERBELANJAAN BOROS BE END rumah rakyat terhenti!!!
PERBELANJAAN BOROS BE END rumah rakyat terhenti!!!

semasa RMK-9!!!
kerajaan akan membina kira-kiraa 43,800 unit rumah kos rendah melalui program perumahan rakyat(PPRT).
Usaha ini akan diperlengkap dengan pembinaan kira-kira 29,000 rumah kos rendah dan kos sederhana rendah oleh SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA(ADIK-BERADIK PERMATA NEGARA)

semasa RMK-10!!!
hanya 31,859 unit(disewa) dan 1650 unit perumahan awam (dibina)!!!

KESIMPULAN!!!

SASARAN TIDAK DICAPAI DAN KEKURANGAN SEBANYAK 38,291 UNIT!!!.,,


hahahaah..
hebat betol RMK!!!
rakyat mahrrean tertindas dengan teruk!!!
pemimpin UMNO makin kaya!!!
nak pangkah mana lepas ni!!!!

PAKATAN RAKYAT!!!!