Kaum Melayu merupakan majoriti kaum yang terbesar di Malaysia. Satu titik penting dalam perkembangan politik Melayu moden adalah pada tahun 1931 apabila satu bancian mendapati dari segi bilangannya, orang Melayu bukan lagi menjadi majoriti di tanah airnya sendiri. Dan golongan imigran memperlihatkan tanda-tanda akan menjadikan penduduk tetap. Ini menjadi titik tolak kepada kesedaran dan kebangkitan politik orang Melayu setelah dirasakan terancam.
Dasar Ekonomi Baru (DEB) antara hasil daripada percaturan politik pasca-kolonial yang terbentuk daripada rasa terancam itu tadi yang datangnya terutama daripada masyarakat Cina yang mantap dari segi kedudukan ekonominya. Maka, menatijahkan dua unsur perjuangan Melayu Moden ketika itu iaitu bagi memantapkan ekonomi dan memantapkan unsur budaya bagi mencorakkan takrifan negara-negara Malaysia.
Kesannya, RMK-10 yang dibentangkan sebentar tadi melihat ke-arah pembentungkan kuasa politik yang sangay kuat melalui penguasaan GLC oleh beberapa nama perniagaan yang berkait-rapat dengan susur atur perniagaan oleh kerajaan Umno-Be End.

No comments:
Post a Comment