Khabar angin bertiup kencang berhubung keputusan mendadak Datuk Seri Dr Chua Soi Lek meletak jawatan Timbalan Presiden MCA, lebih-lebih berkaitan pemilihan masa peletakan jawatan itu dibuat dan langkah beliau selanjutnya.
Meskipun ada yang mendakwa tindakan itu berikutan hakikat bahawa beliau tidak dapat bekerja dengan Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat, namun ramai yang menganggapkannya berpunca daripada 'mainan kuasa' dalam lingkungan parti.
Menurut khabar angin itu, Dr Chua berpaling daripada Ong bagi memaksa pemilihan baru parti diadakan selepas beliau dikatakan mendapat sokongan yang tersirat daripada Naib Presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai, selain Ketua Pemuda Datuk Dr Wee Ka Siong.
Sebuah akhbar vernakular melaporkan bahawa berikutan rundingan sulit, Liow dan Wee menyerahkan kepada Dr Chua dua set borang untuk mencalonkan Wee bagi jawatan No. 1 dalam pemilihan baru parti, dengan Liow turut bertindak sebagai penyokong bagi pencalonan Wee dan sebaliknya.
Sebagai balasan, Dr Chua mencalonkan Liow bagi jawatan No. 2 parti.
Liow dan Wee, bagaimanapun, menafikan wujudnya pakatan seperti itu.
Dr Chua melepaskan jawatan parti, dengan disertai tujuh anggota jawatankuasa pusat (CC) parti yang bersepakat dengan beliau, hanya tiga hari sebelum mesyuarat agung tahunan MCA pada Ahad lepas.
Beberapa anggota parti mendakwa terdapat perjanjian sebelum ini antara Ong dan Dr Chua, di mana Presiden parti akan melepaskan kuasanya beransur-ansur dan memberi laluan kepada doktor berkenaan untuk mengambil alih kepimpinan sebelum sambutan Tahun Baru Cina.
Bagaimanapun, Tahun Baru telah pun tiba dan berlalu pergi. Ong pula, sebaliknya, didakwa merancang untuk membentangkan resolusi khas bagi menubuhkan jawatankuasa pemandu pemilihan agung kebangsaan MCA, yang diketuai beliau pada perhimpunan agung tahunan parti (AGM).
Perancangan Ong, yang dilaporkan "bocor" beberapa hari sebelum AGM itu, akan memberi beliau kuasa mutlak untuk memutuskan mengenai siapa yang akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang atas tiket MCA, dan kawasan pilihan raya yang akan ditandinginya.
Ini, kata mereka, akan mengurangkan peranan Dr Chua dalam persediaan parti bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang dan pengaruh kumpulannya dalam perundingan yang menyebabkan beliau meninggalkan "Pelan Perpaduan Lebih Unggul" parti berkenaan.
Bagaimanapun, dakwaan terhadap Ong ini dinafikan oleh para penyokongnya. Sebaliknya, mereka menuduh Dr Chua yang merancang keseluruhan senario itu. Mereka berkata sejak Dr Chua meletak jawatannya dalam parti dan kerajaan ekoran skandal video seks, beliau telah merancang dengan teliti strateginya dan kembali semula dengan cara yang istimewa.
Pertama sekali, sebagai Timbalan Presiden pada 2008 sebelum keanggotaannya dalam parti dipecat oleh Majlis Presiden.
Berikutan itu, satu mesyuarat agung luar biasa (EGM) bagi mengadakan undi tidak percaya terhadap Presiden parti dibuat, di mana Ong serta Dr Chua telah tewas dan kemudian bersatu membentuk satu perkongsian sebelum berpecah semula pada Khamis lepas.
"Kesemua peristiwa ini menunjukkan keupayaan beliau (Dr Chua) dalam mengatur strategi politiknya. Memandangkan Liow dan kumpulannya mengemukakan surat peletakan jawatan tanpa tarikh pada Disember tahun lepas, Dr Chua tahu bahawa kelebihan kini berada di pihaknya," dakwa seorang penyokong Ong.
Oleh itu, penyokong Ong memberi alasan bahawa Dr Chua mengatur percaturan politiknya secara bijak dengan mempunyai cukup masa untuk menggerakkan akar umbi agar memperoleh kelebihan bagi memulakan pemilihan baru parti.
Bagaimanapun, Dr Chua menafikan sekeras-kerasnya tanggapan sedemikian, dengan mengulangi bahawa sebagai Pengerusi jawatankuasa pemilihan semula parti, beliau telah pun menerima surat peletakan jawatan sejak Januari lepas.
Hakikatnya, katanya, beliau hanya melaksanakan tugasnya apabila mengumumkan bahawa 21 peletakan jawatan yang diperlukan untuk pemilihan baru telah pun mecapai sasaran pada 3 Mac.
"Saya tidak pilih tarikh itu," katanya.
Beberapa penganalisis politik malah pergi lebih jauh apabila cuba mengaitkan peletakan jawatan Dr Chua dengan khabar angin terdapat kemungkinan rombakan kecil Kabinet bulan depan.
"Ada yang merasakan bahawa terdapat keperluan untuk menyingkirkan Ong sebagai Presiden parti memandangkan, sekiranya berlaku rombakan Kabinet, Presiden mempunyai kuasa untuk membuat cadangan yang berkaitan.
"Itulah sebabnya pengkritik Ong memilih masa ini," kata seorang penganalisis.
Bagaimanapun, apa jua sebab yang mendorong keputusan Dr Chua untuk meletak jawatan, hanya tiga hari sebelum AGM, ia tidak lagi penting kerana parti masih berdepan pemilihan baru pada 28 Mac, dengan tarikh pencalonan ditetapkan pada 22 Mac.
Ramai yang berkeyakinan bahawa Dr Chua akan bertanding jawatan Presiden parti memandangkan beliau kerap kali mengadakan pertemuan dengan akar umbi parti dalam beberapa sesi taklimat tertutup sejak akhir-akhir ini.
Namun begitu, Dr Chua masih membiarkan pemerhati parti dan penganalisis tertanya-tanya mengenai langkah beliau seterusnya apabila beliau menjawab: "Saya belum tahu lagi."
Monday, March 15, 2010
Friday, March 12, 2010
CEO TNB UMNO bergaji RM600,000 pun nak mintak tambah lagi??
Gaji tahunan rm600,000
Bonus rm302,000
Kwsp rm42,000
Lain2 faedah rm50,000
Gaji ceo tnb
Laporan gaji 2007.
kenape nak naik kan takrif?
hari ini terpaksa crew entiti bukti baca balik laporan kewangan TNB yang terkini. Namun begitu, dokumen yang sepatutnya diterima tidak dapat kami susulkan kerana orang2 yang dipertanggungjawabkan telah mengaburkan maklumat sebenar.(dipercayai menjaga kepentingan politik ahli2 tertentu)
isu TNB ingin menaikkan takrif aliran kuasa eletrik negara bukan isu meja kopi lagi, malah ianya telah menjadi agenda utama mesyuarat meja bulan di wiswa TNB baru-baru ini. Isu takrif ini sedang hangat diperkatakan dan sedang dinilai semula untuk memberi takrif baru. Isu ini menjadi kehairanan dan kebimbingan golongan rakyat terutamanya golongan bawahan(geng2 umno kite letak atasan la...) terutamanya perniaga2 kecil yag menggunakan sambungan elektrik ini untuk mencari sesuap nasi. soalnya timbul mengapa perlu dinaikkan harganya. bukankah hanya TNB yang memonopoli industry ini. bukankah keuntungan TNB berbilion2 setahun. jika benarlah isu ini harus dinilai semula, yang perlu dinilai semula adalah bukan soal takrif akan tetapi soal berbaloikah gaji2 Top Management TNB yang mencapai berjutaan ringgit itu. Adakah TNB menaikkan takrif ini kerana tidak mampu membelanjakan keuntungan mereka untuk diri mereka sendiri. Wahai BOD BN N UMNOK...bertindak untuk rakyat macam Karam SingWalia bukan untuk besar mcam Karam SingWalia....
Bonus rm302,000
Kwsp rm42,000
Lain2 faedah rm50,000
Gaji ceo tnb
Laporan gaji 2007.
kenape nak naik kan takrif?
hari ini terpaksa crew entiti bukti baca balik laporan kewangan TNB yang terkini. Namun begitu, dokumen yang sepatutnya diterima tidak dapat kami susulkan kerana orang2 yang dipertanggungjawabkan telah mengaburkan maklumat sebenar.(dipercayai menjaga kepentingan politik ahli2 tertentu)
isu TNB ingin menaikkan takrif aliran kuasa eletrik negara bukan isu meja kopi lagi, malah ianya telah menjadi agenda utama mesyuarat meja bulan di wiswa TNB baru-baru ini. Isu takrif ini sedang hangat diperkatakan dan sedang dinilai semula untuk memberi takrif baru. Isu ini menjadi kehairanan dan kebimbingan golongan rakyat terutamanya golongan bawahan(geng2 umno kite letak atasan la...) terutamanya perniaga2 kecil yag menggunakan sambungan elektrik ini untuk mencari sesuap nasi. soalnya timbul mengapa perlu dinaikkan harganya. bukankah hanya TNB yang memonopoli industry ini. bukankah keuntungan TNB berbilion2 setahun. jika benarlah isu ini harus dinilai semula, yang perlu dinilai semula adalah bukan soal takrif akan tetapi soal berbaloikah gaji2 Top Management TNB yang mencapai berjutaan ringgit itu. Adakah TNB menaikkan takrif ini kerana tidak mampu membelanjakan keuntungan mereka untuk diri mereka sendiri. Wahai BOD BN N UMNOK...bertindak untuk rakyat macam Karam SingWalia bukan untuk besar mcam Karam SingWalia....
Saturday, March 6, 2010
Khairy sokong Muhyiddin
Belum reda isu Najib tegur Khairy wujud pula isu baru.Khairy kebelakangan ini banyak di lihat bersama TPM kita dan beliau pula banyak memberi sokongan kepada Muhyiddin teutamanya di dalam kementerian mahupun berkaitan dengan urusan parti UMNO.
Adakah ini kesan daripada teguran Najib keatas kelakukan beliau kebelakangan ini.
Walaubagaimanapun, Muhyiddin juga banyak meraih sokongan daripada Khairy dalam mesyuarat-mesyuarat yang mereka hadiri. Mungkinkah perlakuan ikut-mengikut dan juga sokong-menyokong dalam parti ini adalah cara terbaik dalam UMNO.
Tidakkah tindakan seumpama ini menampakkan ke-proaktif para pemimpin UMNO yang semakin merundum dengan sengketa masing-masing.
Doa Khairy : semoga Muhyiddin cepat-cepat naik pangkat
Doa Muhyiddin : semoga Khairy tidak kena pecat dengan Najib, nanti boleh dia tolong aku tadbir parti bawah tanah
Doa Najib : dua-dua tak lama lagi aku hantar pergi lepak dalam ISA


Kuala Lumpur bersedia hadapi krisis air.
Putrajaya bersedia menerima PM baru berikut kemarau dalam pucuk pimpinan parti Umno itu yang dikatakan semakin meruncing.
Najib dikatakan selalu menyindir segala jenis pergerakkan termasuk keputusan yang dilakukan oleh Timbalannya itu.
Muhyiddin yang mana banyak mendapatkan buah fikiran dan nasihat daripada rakan menteri sebelum membuat keputusan dikatakan sering mendapat tentangan daripada Najib.
Kesannya, Muhyiddin banyak mendapat sokongan dan bantuan belakang daripada barisan menteri yang lain.
Sehubungan dengan itu juga, Najib sering menasihati Timbalannya agak mengorak langkah kehadapan seiraing dengan globalisasi. Kesannya, pandangan barat Najib lebih digunapakai dalam proses mebuat keputusan. Manakala, strategik laut biru yang di war-warkan oleh beliau hanya di mulut.
Subscribe to:
Posts (Atom)
